Ahad, 15 November 2009

Tahniah

Tahniah kepada Cikgu Noor Ashikin bt Buhiran yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan En. Mohd Asri bin Dulah pada hari Ahad, 15 November 2009.. Semoga bahagia, kekal hingga ke akhir hayat
.
sebelum dan semasa

selepas.. selamat dah...

Khamis, 12 November 2009

PENYAMPAIAN HADIAH RAYATHON

Hari : Isnin
Tarikh : 2 November 2009
Program : Penyampaian Hadiah Rayathon
Penyampai : En. Mohd Fauzi

Rayathon adalah sebuah program untuk menggalakkan murid mengumpul duit raya. Setiap penyumbang duit raya dimestikan menandatangani kad raya yang diberikan kepada murid. Pengumpul terbanyak memenangi hadiah utama berupa sebuah basikal dan hadiah-hadiah lain seperti kereta kawalan, hamper dan sebagainya.

Guru yang mengumpulkan duit raya terbanyak juga menerima hadiah berupa makan malam istimewa di Hotel Selesa di mana hadiah tersebut telah dimenangi oleh Guru Besar SKPG3 sendiri, Pn Hjh Zainon bt Omar.

Kelas yang mengumpul jumlah duit raya terbanyak juga mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM200 dan hadiah tersebut dimenangi oleh kelas 5 Cerdas, guru kelas: Pn Raziah bt Jawawi.

Terima kasih diucapkan kepada wakil PIBG, En. Mohd Fauzi kerana sudi meluangkan masa menyampaikan hadiah kepada pemenang.

barisan guru
------------------------------------------hadiah--------------------------------------------
___________________
antara pemenang---------------------------------------------------------pengacara majlis
___________________
ucapan dari Guru Besar----------------------------------------------Ucapan dari wakil PIBG

----------------------------------penerima hamper--------------------------------------

pemenang kereta kawalan ------------------------------laaa... anak saya pun menang juga?
Tempat pertama: Kelas 5 Cerdas---------------------------Tempat kedua: Kelas 6 Cerdas

Rabu, 11 November 2009

Hari Keluarga 2009

Program: Hari Keluarga SKPG3
Tempat: Sun Rising Teluk Ramunia
Tarikh: 31 Oktober 2009 - 1 November 2009


minum petang sebaik sahaja tiba di Teluk Ramunia (gambar: Puan GB dan suami)

permainan terompah gergasi

cari gula-gula dalam pasir ------------------------bawa bola ping pong dalam sudu

------------------------------bowling pantai -----------------------------------------


masukkan air ke dalam botol ----------------------ukur jangan tak ukur

anak-anak -------------------------------------------- ibu-ibu

dinner - bbq (makanan terbaekkk!)

perebutan kerusi (kanak-kanak dan dewasa)

ucapan dan penyampaian hadiah oleh Guru Besar

ustaz nas buat apa tu? main bola tampar sampai tergolek

perlawanan sengit dan sidang penonton


lebih banyak gambar boleh dilihat di http://skpg3hebat.fotopages.com

Isnin, 2 November 2009

LAWATAN DARI UTHM

Pada 29 oktober 2009 yang lalu, SK Pasir Gudang 3 telah dilawati oleh guru-guru besar negeri Johor yang menyambung pelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), JPNJ dan pegawai teknologi. rombongan tiba di SKPG3 pada lebih kurang pukul 10 pagi. rombongan disambut oleh Guru Besar, barisan GPK dan diarak dengan paluan kompang dan pasukan taekwondo SKPG3.

Rombongan dibawa ke Bilik Tayang untuk mendengar ucapan dan serba sedikit mengenai sekolah oleh Pn. Hjh Zainon bt Omar. Setelah itu, mereka dibawa melawat bilik-bilik khas, bilik darjah dan seluruh kawasan sekolah.

Terima kasih kepada rombongan guru-guru besar yang sudi melawat SKPG3. semoga lawatan tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi manfaat kepada anda semua.


ketibaan rombongan dari UTHM



disambut oleh paluan kompang dan demonstrasi taekwondo

sila.. sila..


sarapan ringan


ucapan oleh Guru Besar SKPG3





selamat menjamu selera


saling bertukar cenderamata