Isnin, 2 November 2009

LAWATAN DARI UTHM

Pada 29 oktober 2009 yang lalu, SK Pasir Gudang 3 telah dilawati oleh guru-guru besar negeri Johor yang menyambung pelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), JPNJ dan pegawai teknologi. rombongan tiba di SKPG3 pada lebih kurang pukul 10 pagi. rombongan disambut oleh Guru Besar, barisan GPK dan diarak dengan paluan kompang dan pasukan taekwondo SKPG3.

Rombongan dibawa ke Bilik Tayang untuk mendengar ucapan dan serba sedikit mengenai sekolah oleh Pn. Hjh Zainon bt Omar. Setelah itu, mereka dibawa melawat bilik-bilik khas, bilik darjah dan seluruh kawasan sekolah.

Terima kasih kepada rombongan guru-guru besar yang sudi melawat SKPG3. semoga lawatan tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi manfaat kepada anda semua.


ketibaan rombongan dari UTHM



disambut oleh paluan kompang dan demonstrasi taekwondo

sila.. sila..


sarapan ringan


ucapan oleh Guru Besar SKPG3





selamat menjamu selera


saling bertukar cenderamata


Tiada ulasan: