Rabu, 31 Mac 2010

PIBG 2010

Pada 27 Mac 2010, sekolah telah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG ke 27. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj A Rahim bin Hj Nin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Terima kasih kepada Tuan Haji kerana sudi meluangkan masa.

Majlis Mesyuarat PIBG kali ini telah menyaksikan pembubaran AJK PIBG 2 penggal yang lalu (2008/2009) dengan muka baru bagi penggal (2010/2011). Walaubagaimanapun, YDP Tn Hj Abdul Rahman bin Dewa dan NYDP, Tn Hj Mohd Fauzi menyambung khidmat mereka dalam PIBG untuk 2 penggal lagi. Terima kasih tidak terhingga.

Antara AJK PIBG di kalangan guru yang baru dilantik adalah seperti berikut. Tahniah!

1) En. Muhamad Nizam
2) En. Irwan
3) En. Mustafa
4) Pn Roslia
5) Pn. Nordiana
6) Pn. Sutira
7) Pn. Zairinah Amat
8) Pn. Rohana Abdullah
9) Pn. Norhayati A Ghani
10) Cik Nor Suriati

Sekitar Majlis Mesyuarat PIBG ke 27
persembahan nasyid
perasmian
tetamu kehormat
tuan perasmi
persembahan zapin
persembahan duet lagu BAHTERA MERDEKA
penyampaian hadiah bagi murid 5A UPSR 2009
penghargaan kepada AJK PIBG penggal lalu
ibu bapa dan guru
muka lama
muka baru
cabutan bertuah


Isnin, 8 Mac 2010

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2010

Pada 6 Mac 2010 yang lalu, SKPG3 telah menganjurkan sukan tahunan. Kejohanan balapan dan padang itu telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Hj Mohamad Shar bin Jasman iaitu Penyelia Prasekolah Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Tahun ini telah menyaksikan Rumah Jebat (Merah) sebagai juara keseluruhan. Tahniah kepada guru-guru dan semua ahli pasukan Jebat.

Berikut merupakan antara keputusan Kejohanan Balapan dan Padang:

Anugerah Olahraga (A)
Adik Mohd Firdaus bin Ahmad

Anugerah Olahragawati (A)
Adik Nur Izzah bt Samsuri

Anugerah Olahraga (B)
Adik

Anugerah Olahragawati (B)
Adik Siti Hazimah bt Samsul
... ..... ................ ................... ....................... ..............................

Antara gambar sekitar hari sukan



hias khemah dulu

bersedia sebelum acara perbarisan

tetamu kehormat

pemenang perbarisan

tanda ingatan untuk tuan perasmi

rumah sukan terbaik

Rabu, 3 Mac 2010

MINGGU ANTI-DADAH

Tarikh : 1 Mac 2010
Hari : Isnin
Tempat : Dataran Kejat.
Program : Penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan2 dalam Minggu Anti-Dadah

Pada minggu lepas, SKPG3 telah melancarkan Minggu Anti-Dadah. Sepanjang minggu tersebut, beberapa peraduan telah diadakan. Berikut merupakan antara pemenang-pemenang bagi peraduan yang dianjurkan.









PTK

Calon yang mendaftar PTK sesi Jun dan Oktober tahun ini boleh memuat turun SUKATAN dan BAHAN BACAAN PTK di --------> bppk



DI bahagian INFORMASI, klik bahagian SUKATAN dan BAHAN BACAAN

Isnin, 1 Mac 2010

FB

Selain blog rasmi ini, SKPG3 juga ada group di dalam facebook yang memuatkan berita terkini dan gambar-gambar program yang diadakan di sekolah.

Log masuk ke dalam facebook dan search SKPG3