Rabu, 31 Mac 2010

PIBG 2010

Pada 27 Mac 2010, sekolah telah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG ke 27. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj A Rahim bin Hj Nin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Terima kasih kepada Tuan Haji kerana sudi meluangkan masa.

Majlis Mesyuarat PIBG kali ini telah menyaksikan pembubaran AJK PIBG 2 penggal yang lalu (2008/2009) dengan muka baru bagi penggal (2010/2011). Walaubagaimanapun, YDP Tn Hj Abdul Rahman bin Dewa dan NYDP, Tn Hj Mohd Fauzi menyambung khidmat mereka dalam PIBG untuk 2 penggal lagi. Terima kasih tidak terhingga.

Antara AJK PIBG di kalangan guru yang baru dilantik adalah seperti berikut. Tahniah!

1) En. Muhamad Nizam
2) En. Irwan
3) En. Mustafa
4) Pn Roslia
5) Pn. Nordiana
6) Pn. Sutira
7) Pn. Zairinah Amat
8) Pn. Rohana Abdullah
9) Pn. Norhayati A Ghani
10) Cik Nor Suriati

Sekitar Majlis Mesyuarat PIBG ke 27
persembahan nasyid
perasmian
tetamu kehormat
tuan perasmi
persembahan zapin
persembahan duet lagu BAHTERA MERDEKA
penyampaian hadiah bagi murid 5A UPSR 2009
penghargaan kepada AJK PIBG penggal lalu
ibu bapa dan guru
muka lama
muka baru
cabutan bertuah


Tiada ulasan: