Khamis, 12 November 2009

PENYAMPAIAN HADIAH RAYATHON

Hari : Isnin
Tarikh : 2 November 2009
Program : Penyampaian Hadiah Rayathon
Penyampai : En. Mohd Fauzi

Rayathon adalah sebuah program untuk menggalakkan murid mengumpul duit raya. Setiap penyumbang duit raya dimestikan menandatangani kad raya yang diberikan kepada murid. Pengumpul terbanyak memenangi hadiah utama berupa sebuah basikal dan hadiah-hadiah lain seperti kereta kawalan, hamper dan sebagainya.

Guru yang mengumpulkan duit raya terbanyak juga menerima hadiah berupa makan malam istimewa di Hotel Selesa di mana hadiah tersebut telah dimenangi oleh Guru Besar SKPG3 sendiri, Pn Hjh Zainon bt Omar.

Kelas yang mengumpul jumlah duit raya terbanyak juga mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM200 dan hadiah tersebut dimenangi oleh kelas 5 Cerdas, guru kelas: Pn Raziah bt Jawawi.

Terima kasih diucapkan kepada wakil PIBG, En. Mohd Fauzi kerana sudi meluangkan masa menyampaikan hadiah kepada pemenang.

barisan guru
------------------------------------------hadiah--------------------------------------------
___________________
antara pemenang---------------------------------------------------------pengacara majlis
___________________
ucapan dari Guru Besar----------------------------------------------Ucapan dari wakil PIBG

----------------------------------penerima hamper--------------------------------------

pemenang kereta kawalan ------------------------------laaa... anak saya pun menang juga?
Tempat pertama: Kelas 5 Cerdas---------------------------Tempat kedua: Kelas 6 Cerdas

Tiada ulasan: