Isnin, 23 April 2012

Motivasi Jati Diri 2012 (Kecemerlangan Akademik & Sahsiah)

Tarikh: 6 April 2012
Hari: Jumaat
Tempat: Dewan Fatimatuz Zahra, SKPG3
Masa: 8.00pagi - 12.00 tengahari

Program Motivasi Jati Diri 2012 ini adalah sebuah program motivasi yang menerapkan nilai kerohanian kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Program ini dikendalikan oleh Kumpulan Transformasi Minda Fikir Hebat (TMFH). Acara dimulakan dengan sesi suai kenal, pembahagian kumpulan dan mengenal potensi diri. 10.30 pagi aktiviti diteruskan dengan perkongsian ilmu dalam Formula Kejayaan Unggul.  Aktiviti 'Satu Misi Satu Visi' adalah aktiviti yang menguji kehebatan murid menyelesaikan masalah. Diakhir program, murid-murid bersalaman dengan guru-guru tahun enam dan memohon restu dari mereka. 



 







Tiada ulasan: