Selasa, 18 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada hari Isnin 17 Mei 2010. Pada tahun ini, acara padang tidak dapat dijalankan kerana hari hujan. walaubagaimanapun, satu outdoor game telah dijalankan dengan jayanya. Permainan "baling dadu" itu diadakan di dataran kejat. Ia telah disertai oleh 5 kumpulan guru dan staf sekolah.

Selain itu, acara rutin setiap tahun iaitu persembahan pentas diadakan selepas waktu rehat. 4 kumpulan membuat pelbagai jenis persembahan menarik dan menghiburkan.

Seperti biasa anugerah-anugerah untuk guru yang dihakimi oleh murid-murid menyaksikan beberapa orang guru dipilih. Antaranya:

Guru Paling Popular:
En. Mohd Nazri Ghazali (sesi pagi)
Pn. Azlina Amir (sesi petang)

Guru Rotan Emas:
Pn. Jamilah Ayub (sesi pagi)
Pn. Zuraina Idris (sesi petang)

Guru Penyayang:
Cik Azimah Samat (sesi pagi)
Cik Nadiah Rosli (sesi petang)

Guru Tulisan Cantik:
Pn. Zuhaini Mohd Noh (sesi pagi)
Pn. Haryati Mohd Ali (sesi petang)

Guru Paling Comel:
Cik Siti Nor Atikah (sesi pagi)
Pn. Azlina Amir (sesi petang)

Guru Paling Sporting:
En. Irwan Sidik Ahmed (sesi pagi)
En. Mohd Mustafa Ghazali (sesi petang)

Guru Paling Bergaya:
Pn. Norazleen Othman (sesi pagi)
Pn. Jasmiah Jusoh (sesi petang)

Tahniah diucapkan

Tiada ulasan: