
Selasa, 21 September 2010
Rabu, 1 September 2010
Isnin, 21 Jun 2010
Berpisah Jua Akhirnya
Setelah berjauhan dengan suami dan keluarga akhirnya pada 1 Jun 2010, Puan Nurul Farida, Puan Hamizah dan Cik Azimah telah mendapat surat pertukaran ke sekolah baru. Puan Nurul Farida telah berpindah mengikut suami ke Kota Bahru telah ditempatkan di SK Bukit Jong, Kuala Krai, Kelantan. Puan Hamizah pula ke SK Chendering, Terengganu manakala Cik Azimah ke SK Kledang, Kota Tinggi. Kepada ketiga-tiga guru tersebut, tahniah diucapkan dan yang pasti kami disini akan merindui anda bertiga....
Selasa, 18 Mei 2010
GAMBAR SEKITAR HARI GURU 2010
kedudukan gambar adalah TIDAK mengikut kronologi.














persembahan puisi oleh barisan pentadbir
sketsa
guru paling sporting
persembahan hindustani
dikir barat
walaupun basah, murid2 tetap bersemangat
baling dadu dan langkah (snake n ladder)
langkah lebar2
gembiranya!
persembahan dari murid disleksia
pembacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia
pembacaan perutusan Ketua Pengarah

game sempena hari guru

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada hari Isnin 17 Mei 2010. Pada tahun ini, acara padang tidak dapat dijalankan kerana hari hujan. walaubagaimanapun, satu outdoor game telah dijalankan dengan jayanya. Permainan "baling dadu" itu diadakan di dataran kejat. Ia telah disertai oleh 5 kumpulan guru dan staf sekolah.
Selain itu, acara rutin setiap tahun iaitu persembahan pentas diadakan selepas waktu rehat. 4 kumpulan membuat pelbagai jenis persembahan menarik dan menghiburkan.
Seperti biasa anugerah-anugerah untuk guru yang dihakimi oleh murid-murid menyaksikan beberapa orang guru dipilih. Antaranya:
Guru Paling Popular:
En. Mohd Nazri Ghazali (sesi pagi)
Pn. Azlina Amir (sesi petang)
Guru Rotan Emas:
Pn. Jamilah Ayub (sesi pagi)
Pn. Zuraina Idris (sesi petang)
Guru Penyayang:
Cik Azimah Samat (sesi pagi)
Cik Nadiah Rosli (sesi petang)
Guru Tulisan Cantik:
Pn. Zuhaini Mohd Noh (sesi pagi)
Pn. Haryati Mohd Ali (sesi petang)
Guru Paling Comel:
Cik Siti Nor Atikah (sesi pagi)
Pn. Azlina Amir (sesi petang)
Guru Paling Sporting:
En. Irwan Sidik Ahmed (sesi pagi)
En. Mohd Mustafa Ghazali (sesi petang)
Guru Paling Bergaya:
Pn. Norazleen Othman (sesi pagi)
Pn. Jasmiah Jusoh (sesi petang)
Tahniah diucapkan
KURSUS PENGURUSAN FAIL
Tarikh : 15 Mei 2010






Hari : Sabtu
Tempat : Makmal Komputer 1
Selepas penat bergotong-royong, dengan peluh yang masih belum kering, itu tidak menghalang kami memulakan LDP (Kursus Pengurusan Fail) yang dikendalikan oleh Puan Sharina dan En.Adzlan

hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian
majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En.Nazri
Puan Sharina memberi penerangan
dibantu oleh Guru Besar
penerangan oleh En.Adzlan pula
Ahad, 16 Mei 2010
GOTONG ROYONG PERDANA
Hari : Sabtu
Tarikh : 15 Mei 2010
Tempat : SK Pasir Gudang 3
Gotong-royong perdana bermula sekitar jam 8 pagi. Semua guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk membersih dan menceriakan kawasan tertentu. Guru-guru dibantu oleh semua murid tahun 5 dan 6. Terima kasih kepada ibu bapa (terutamanya PIBG) yang sudi turun padang bagi menjayakan gotong royong perdana ini.
untuk melihat gambar dengan lebih jelas lagi, sila klik pada gambar berkenaan

belakang kabin

kabin kantin

bilik wudu' dan pondok ilmu

seksyen longkang

kolam

sudut KH
setelah penat bekerja, mari minummmmm
Khamis, 15 April 2010
BULAN 3K
Aktiviti dan program sepanjang bulan 3K
pelancaran bulan 3K sesi pagi oleh GPK 1, Pn Hjh Zaleha bt Shafii
perasmian Bulan 3K sesi petang oleh GPK Petang En Hamdan b Atan

taklimat penjagaan gigi

taklimat penjagaan gigi
keselamatan lalu lintas jalan raya

pencegahan H1N1
gotong royong
gotong royong

pendidikan kesihatan anjuran Vitagen
Langgan:
Catatan (Atom)