Isnin, 23 April 2012

Motivasi Jati Diri 2012 (Kecemerlangan Akademik & Sahsiah)

Tarikh: 6 April 2012
Hari: Jumaat
Tempat: Dewan Fatimatuz Zahra, SKPG3
Masa: 8.00pagi - 12.00 tengahari

Program Motivasi Jati Diri 2012 ini adalah sebuah program motivasi yang menerapkan nilai kerohanian kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Program ini dikendalikan oleh Kumpulan Transformasi Minda Fikir Hebat (TMFH). Acara dimulakan dengan sesi suai kenal, pembahagian kumpulan dan mengenal potensi diri. 10.30 pagi aktiviti diteruskan dengan perkongsian ilmu dalam Formula Kejayaan Unggul.  Aktiviti 'Satu Misi Satu Visi' adalah aktiviti yang menguji kehebatan murid menyelesaikan masalah. Diakhir program, murid-murid bersalaman dengan guru-guru tahun enam dan memohon restu dari mereka. 



 







Pelancaran Program Mentor Mentee Tahun 6 (2012)

Tarikh: 2 April 2012
Hari : Isnin
Tempat: Dewan Fatimatuz Zahra

Pn. Nordiana Mohd Saad selaku penyelaras tahun 6 menyerahkan senarai nama mentee 2012 
kepada Pn Hjh Zainon Binti Omar, Guru Besar SKPG3


Penyerahan mentee di bawah Pn. Hjh Zainon seramai 7 orang

Majlis Persaraan Puan Hajah Aminah bt. Suparman GPK Hal Ehwal Murid

Tanggal 28hb Mac 2012 merupakan suatu hari yang tidak dapat dilupakan oleh semua warga SKPG 3 dimana Majlis Persaraan untuk Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Hajah Aminah bt. Suparman telah diadakan bagi menghargai sumbangan dan perkhidmatan beliau selama 58 tahun berkhidmat dengan sekolah. Persaraan Puan Hajah Aminah telah meninggalkan seribu satu kenangan kepada semua warga SKPG3.

Puan Hajah Aminah bt. Suparman, GPK HEM SKPG3



Majlis Persaraan Bersama Guru dan tetamu jemputan luar



Majlis Persaraan Pn. Hjh Aminah Bersama Murid-Murid SKPG3


Jumaat, 13 April 2012